Terkini


Video: Serbuan Ke Atas Restoran Di Serdang Tawar Khidmat Seks

Serdang: Tindakan seorang pemilik premis menggunakan taktik membuka rumah pelacuran di sebuah restoran, terbongkar apabila dia ditahan dalam Ops Noda di Serdang Perdana awal pagi tadi.


Video: Serbuan Ke Atas Restoran Di Serdang Tawar Khidmat Seks
Dalam serbuan oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu berjaya menahan 17 individu yang terbabit dengan sindiket pelacuran.


Ketua Operasi Asisten Superintendan Roslin Mohamad Isa berkata, dia bersama 10 anggota dari D7 berjaya menyerbu premis yang giat menjalankan aktiviti pelacuran sejak sebulan lalu.

"Hasil serbuan kami menahan 14 wanita warga asing dari Vietnam berusia antara 20 hingga 40 tahun yang menjalankan aktiviti pelacuran.
“Turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 30-an yang menjaga premis berkenaan," katanya.

Menurutnya, polis sudah beberapa kali menyerbu premis berkenaan tetapi pemilik premis tetap berdegil meneruskan kegiatan haram itu.

Katanya, polis turut merampas kondom, minyak urut dan wang tunai ketika serbuan.


“Semua yang ditahan dibawa ke balai polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan perkhidmatan seks," katanya.



No comments