Terkini

Video: Wanita Berkacamata dan Berbaju Kurung Biru Mencuri di Taska

Satu RAKAMAN video dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Natasha Zainal memaparkan aksi seorang wanita berkacamata dan berbaju kurung biru sedang menyelongkar beg tangan di sebuah Taska.


Wanita Berkacamata dan Berbaju Kurung Biru Mencuri di Taska
Wanita Berkacamata dan Berbaju Kurung Biru Mencuri di Taska
Difahamkan, ketika kejadian pemilik Taska tersebut mengadakan kenduri sekitar minggu lepas. Jadi dalam kesibukan tuan rumah, wanita ini dirakam cctv menceroboh sebuah bilik dimana letaknya beg tangan saudara pemilik taska dan mencuri barangan didalamnya termasuk duit.

"Maaf, tak ada niat nak memalukan mana mana pihak tapi kami sekeluarga perlu cari perempuan ni , sebab benda yang dia amik bukan sikit, mohon bantuan semua warga fb , mana yang agak2 kenal perempuan ni boleh PM. Harap sangat." tulisnya.

Selain itu, Natasha turut memuatnaik beberapa keping gambar wanita tersebut sambil menuntut dia memulangkan kembali barangan serta duit yang telah dicurinya.

Natasha juga mendakwa beberapa barangan kemas didalam rumah turut hilang, namun gagal dibuktikan kerana ketiadaan cctv.


"Jangan sangka taska mama yang nampak tak seberapa tak ada cctv , awak buat kerja memang cantik tapi silap , cctv merata dari luar ke dalam. Mohon pulangkan semua harta benda @ barang berharga @ duit . sekali lagi bukan nak memalukan pihak dia tapi kami sekeluarga perlu cari dia. Report polis menyusul."



No comments