Wanita maut di lokasi sama kemalangan yang meragut nyawa suaminya

Segamat – Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Kilometer 50, Jalan Muar-Segamat dekat Jementah di sini, kelmarin iaitu lokasi sama kemalangan yang meragut nyawa suaminya, empat tahun lalu.


Wanita maut di lokasi sama kemalangan yang meragut nyawa suaminya
Wanita maut di lokasi sama kemalangan yang meragut nyawa suaminya
Malah, kejadian jam 12.30 tengah hari ketika Gan Ah Kau, 65, dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Pelangi, Jementah selepas selesai menoreh di kebun getahnya yang terletak lima kilometer dari lokasi kemalangan itu turut membabitkan motosikal sama yang ditunggang mendiang suaminya.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dirempuh dari belakang oleh kereta Proton wira dipandu seorang lelaki berumur 40-an.

Katanya, mangsa tercampak ke atas bonet kereta berkenaan yang dalam perjalanan dari Ledang ke Jementah sebelum jatuh di atas jalan 30 meter.

“Akibat rempuhan itu, mangsa cedera di kepala dan badannya menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, lapor Harian Metro.



No comments