Wanita parah, 2 lagi cedera buaian gergasi di PD Waterfront tumbang

PORT DICKSON: Seorang wanita parah manakala dua lelaki cedera ringan apabila buaian besar tumbang di tapak sebuah pesta ria di PD Waterfront di sini, tengah malam tadi.


Wanita parah, 2 lagi cedera buaian gergasi di PD Waterfront tumbang
Mangsa wanita dikenali sebagai Hawa Liana Kamar Bashah, 21, manakala dua lelaki lain dikenali sebagai Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17, yang masing-masing menaiki kerusi buaian berasingan.


Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.06 tengah malam dan seramai enam anggota bersama satu jentera segera dikejarkan ke tempat kejadian.


Sebaik tiba di tapak pesta ria itu, katanya anggotanya mendapati buaian itu telah tumbang dan seorang wanita terperangkap pada kerusi buaian.

“Anggota bomba dengan menggunakan tangga memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan bangku buaian perlahan-lahan, manakala dua lelaki tercampak ke bawah dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya di sini, hari ini.

Sulong berkata, semua mangsa segera dihantar ke Hospital Port Dickson, manakala punca sebenar kejadian sedang disiasat. Sementara itu, beliau berkata punca kejadian berkenaan masih dalam siasatan


No comments