Terkini

Wanita terjun dari tingkat 4, Selamatkan diri kerana rumah terbakar

Georgetown – Wanita berusia 40-an cedera selepas terjun dari tingkat empat rumahnya di flat di Jalan Padang Tembak, Air Itam, di sini, yang terbakar, 5 petang tadi.


Wanita terjun dari tingkat 4, Selamatkan diri kerana rumah terbakar
Wanita terjun dari tingkat 4, Selamatkan diri kerana rumah terbakar
Mangsa, yang dipercayai mengalami masalah kemurungan berada di dalam rumahnya bersendirian sebelum melihat api mulai marak dan terjun menyelamatkan diri.


Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Pegawai Bomba Kanan II Azman Pamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.05 petang.

Katanya, sepasukan 15 anggota bomba dari BBP Paya Terubong dan Jalan Perak ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Katanya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.50 petang dan punca kebakaran dan nilai kerugian masih disiasat.



No comments