Akhirnya Nur Amirah Athirah Mohon Maaf Di Depan Bapanya

KLANG: Nur Amirah Athirah, gadis yang berbohong dengan mereka-reka cerita dirinya menjadi mangsa culik sebelum ditemui bersama kekasihnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.


Akhirnya Nur Amirah Athirah Mohon Maaf Di Depan Bapanya
Nur Amirah Athirah
Permohonan maaf dan janji untuk berkelakuan baik dibuat Nur Amirah di hadapan bapanya, Abdul Majid Landu, 43, ketika dia datang melawat anaknya itu di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) di sini semalam.


Abdul Majid memberitahu, anak sulungnya itu turut berasa kesal atas kejadian tersebut dan berikrar untuk berubah menjadi seorang anak yang baik.

“Dia (Nur Amirah) buat masa ini masih di bawah jagaan JKM dan ketika ini dia berada dalam keadaan tenang serta selamat.

“Dia juga telah menyesal atas perbuatannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya,” kata Abdul Majid ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo!



No comments