Terkini

Amirah Mengaku Bersalah, Teman Lelaki Cina Mengaku Tidak Bersalah

KLANG - Remaja perempuan 14 tahun yang mendakwa diculik Disember lalu, mengaku bersalah atas tuduhan memberi keterangan palsu di Mahkamah Majistret, di sini.


Nor Amira Atirah Abdul Majid, 14, (tengah) remaja yang membuat panggilan palsu diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Rabu, bersama teman lelakinya, dibawa keluar Kompleks Mahkamah Klang. - Foto BERNAMA
Dia yang memakai baju hospital berwarna hijau, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad.

Dia didakwa mengikut seksyen 196 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menggunakan keterangan diculik sebagai keterangan yang benar sedangkan ia adalah palsu.


Perbuatan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 9.12 pagi, 29 Disember lalu.

Terdahulu, teman lelakinya, Gan Chin Teck, 19, turut didakwa di mahkamah yang sama kerana melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan yang sah.

Bagaimanapun, Chin Teck tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali.

Pada 27 Disember lalu, seorang gadis dilaporkan hilang berdekatan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang.

Kes kehilangan gadis itu menjadi viral di laman sosial selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar.


Bagaimanapun, pada 31 Disember lalu, jam 7.45 malam, Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor, yang ditubuhkan berjaya menemui remaja itu bersama teman lelakinya di stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

Sumber: Berita Harian


No comments