Terkini

APMM Gagalkan Nelayan Vietnam Curi 5,000 Kg Hasil Laut Di Miri

MIRI - Tindakan sebuah bot nelayan Vietnam cuba melarikan diri dengan hasil tangkapan seberat 5,000 kilogram bernilai RM10,000 dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri dalam rondaan Ops Permai di perairan Miri, Khamis lepas.


APMM Gagalkan Nelayan Vietnam Curi 5,000 Kg Hasil Laut Di Miri
5Ketua Penguatkuasa APMM Miri Laksamana Pertama Maritim Abim Sungom berkata semasa rondaan pada 1.55 petang itu, bot peronda APMM Miri cuba mendekati bot nelayan Vietnam terbabit, tetapi ia tiba-tiba melarikan diri namun berjaya dikepung satu jam kemudian.


"Hasil pemeriksaan, bot tersebut tidak mempunyai lesen atau permit menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan kesemua 11 awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bot nelayan dan 11 warga Vietnam berumur 20 hingga 44 tahun itu, kini ditahan di Pusat Tahanan Vesel Pulau Melayu untuk tindakan lanjut.

"Siasatan dilakukan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan cuba menangkap ikan di perairan," katanya. - BERNAMA



No comments