Terkini

Azwan Ali berdepan tindakan mahkamah gara-gara fitnah Kicap Tirana

Personaliti popular, Azwan Ali diberikan tempoh sembilan hari lagi untuk memohon maaf dan menarik balik semua kenyataannya mengenai produk kicap Tirana.


Azwan Ali Berdepan Dengan Saman Gara-gara Fitnah Kicap Tirana
Azwan Ali Berdepan Dengan Saman Gara-gara Fitnah Kicap Tirana (Foto FMT)
Tuntutan itu dibuat Tirana Products Sdn Bhd yang mendakwa Azwan membuat fitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap produk kicap Tirana di laman Instagramnya.


Bercakap dalam sidang media, peguam syarikat itu, Adnan Seman berkata, pihaknya menuntut permohonan maaf bertulis dibuat Azwan dalam tempoh yang diberikan itu.

Katanya, sekiranya tiada sebarang jawapan diberikan, Azwan bakal disaman oleh pihaknya kerana menyebabkan imej produk Kicap Tirana terjejas.

“Surat tuntutan itu telah dibuat dan diberikan kepada Azwan bertarikh 13 Jan lalu. Tujuan surat tuntutan itu dikeluarkan agar Azwan segera menghentikan fitnah dan kenyataan mendatangkan persepsi buruk terhadap produk itu.

“Sekiranya dalam tempoh itu Azwan tidak membuat permohonan maaf, dia bakal berhadapan dengan saman dan tindakan mahkamah,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Murad Hilmi Mohamed berkata, pihaknya tidak boleh menerima kenyataan Azwan di Instagramnya itu kerana kenyataan itu menjejaskan penjualan produk itu.


Katanya lagi, kenyataan berbentuk fitnah itu memberikan persepsi buruk terhadap Kicap Tirana.

Baru-baru ini, Azwan memuat naik beberapa kenyataan ‘panas’ dan video di laman Instagramnya mengenai iklan komersial Kicap Tirana. - sumber: FMT



No comments