Bangla ugut sebar video aksi seks kepada keluarga, teman lelaki

IPOH – Seorang kerani menanggung derita fizikal dan mental apabila dipaksa menjadi pemuas nafsu seks seorang lelaki warga Bangladesh selepas diugut video aksi panas mereka akan disebarkan kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya jika tidak berbuat demikian.


Bangla ugut sebar video aksi seks kepada keluarga, teman lelaki

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lily, 21, berkata, dia mengenali lelaki itu dua tahun lalu ketika mereka bekerja di kilang pemborong sayur di Simpang Pulai.


Menurutnya, sepanjang dia mengenali Anwar, 27, hubungan sama seperti rakan-rakan sekerja lain.

“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.

“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.

“Masa tu, lelaki tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya ketika ditemui pada sidang media semalam.

Dia mendakwa selepas insiden itu, suspek menghubunginya setiap hari dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.


“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.

“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Bercham Sabtu lalu.

Lily memaklumkan dia turut menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari yang sama. - Sumber: Sinar Harian (GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN)


No comments