Terkini

Bapa dan Bayi 3 Bulan, Rentung Dalam Kebakaran

BALIK PULAU: Dua beranak rentung dalam kebakaran di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.


Bapa dan Bayi 3 Bulan, Rentung Dalam Kebakaran

Mangsa, Nazri Zainal Abidin, 29, dan bayi perempuannya, Damia Auliah Salsabila, tiga bulan, maut selepas gagal menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

Manakala lima ahli keluarga lain termasuk isteri mangsa sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah dua tingkat itu.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Norashikin Md Isa berkata, pihaknya mendapat panggilan pada 2.17 pagi dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.



"Api dapat dikawal pada 2.47 pagi dan mangsa pertama ditemui pada 2.50 pagi. Mangsa kedua ditemui pada 4.32 pagi selepas api dipadam sepenuhnya.

"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya. - Harian Metro



No comments