Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemui Dalam Plastik Berdekatan Longkang

BANGI - Seorang bayi lelaki ditemui di dalam plastik di atas tembok batu longkang, dipercayai baru saja dilahirkan oleh ibunya, semalam.


Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemui Dalam Plastik Berdekatan Longkang
Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemui Dalam Plastik Berdekatan Longkang
Dalam penemuan pada jam 5.05 petang itu, bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditemui di Jalan 7/5G, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dengan kesan kotoran najis hitam.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willy Richard berkata, bayi itu ditemui oleh seorang lelaki yang mengayuh basikal dalam perjalanan pulang dari surau yang terdengar tangisan bayi berkenaan yang kedengaran seperti anak kucing dari arah longkang.

Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemui Dalam Plastik Berdekatan Longkang

"Lelaki itu turun dari basikal dan berjalan ke arah longkang itu untuk mencari punca bunyi namun tidak menemui apa-apa di dalam longkang tersebut sebelum ternampak satu plastik di atas tembok longkang yang bergerak.

"Apabila dibuka, dia terkejut menemui seorang bayi lelaki yang masih bernyawa," katanya. - sumber: Thehypemedia



No comments