Terkini

Bos mahu tahu setahun awal, Bila anda mahu hamil, Jika tidak...

Bunyinya ganjil tetapi ia memang berlaku. Anda tidak boleh hamil, dan mengambil cuti bersalin, jika tidak memaklumkan rancangan untuk hamil setahun lebih awal.


Bos mahu tahu setahun awal, Bila anda mahu hamil, Jika tidak...
Langkah ini diperkenalkan selepas China membatalkan dasar memiliki seorang anak sejak 30 tahun dulu dan kini membenarkan pasangan menambah seorang lagi.


Peraturan baru yang dimulakan di sebuah syarikat di timur laut republik itu menjadi perbahasan hangat di media sosial, lapor portal penyiaran BBC semalam.

Kakitangan wanita di bandar Changchun, dalam wilayah Jilin, kini harus “memohon” untuk bersalin setahun lebih awal, portal Britain itu memetik laporan akhbar kerajaan New Culture.

Berita itu mendapat perhatian pengguna media sosial seperti Sina Weibo, laman blog mikro yang popular di China.

Syarikat tersebut, yang tidak dinamakan, risau jika pendekatan itu tidak diambil, dan terlalu ramai kakitangan cuti bersalin, ia akan mengalami kekurangan tenaga kerja.

Pengurus-pengurus dilaporkan sedang menyusun “jadual” kakitangan mahu cuti bersalin, mereka yang ingin menambah anak susulan perubahan dasar kawalan jumlah penduduk China.

Berita itu tidak menyebut sama ada majikan boleh menolak permohonan untuk bersalin.


Langkah syarikat itu membuka perbahasan pro dan kontra ribuan pengguna Internet.

Mereka yang tidak bersetuju menganggap ia akan menyebabkan wanita tidak mahu bekerja.

Sementara mereka yang menyokong menyifatkan pendekatan syarikat itu wajar dalam mengurus keperluan tenaga kerjanya.
Sumber: Malay Mail





No comments