Terkini


Dakwaan penemuan bom sebenarnya hanya kotak polisterin - Polis

KUALA LUMPUR, Selasa – Bungkusan plastik hitam yang diletakkan di atas pokok di sebuah kondominium di Jalan Kuching di sini yang disangkakan bom, sebenarnya adalah kotak polisterin.


Dakwaan penemuan bom sebenarnya hanya kotak polisterin - Polis
Dakwaan penemuan bom sebenarnya hanya kotak polisterin - Polis
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohd Sukri Kaman berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan bungkusan plastik hitam itu kira-kira 5 petang dan sepasukan polis bersama Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan di kawasan itu dan mengesahkan ia hanyalah kotak polisterin.


“Ia bukan bom seperti didakwa tetapi kotak polisterin kosong,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Ditanya adakah ia merupakan perbuatan khianat daripada individu tertentu, beliau berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zakaria Yusof berkata seramai empat anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.

“Kami tiba untuk membantu pihak polis memandangkan bungkusan berkenaan diletakkan berhampiran stor penyimpanan tong gas petroleum cecair (LPG).

“Setelah pemeriksaan dilakukan ia hanyalah kotak polisterin yang dibalut dengan plastik hitam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. – Bernama



No comments