Datuk menjelajah salji, gurun menaiki ‘kapcai’ ke Downing Street

Impian seorang datuk dari Pulau Pinang menjadi kenyataan selepas beliau melengkapkan perjalanan sejauh 38,000km menaiki motor "kapcai" miliknya dari Jalan Downing di George Town ke Downing Street di London yang menempatkan kediaman perdana menteri Britain.


Datuk menjelajah salji, gurun menaiki ‘kapcai’ ke Downing Street
Datuk menjelajah salji, gurun menaiki ‘kapcai’ ke Downing Street
BK Lim, 62, memulakan perjalanannya pada 5 Mei tahun lalu, diiringi 8 lagi penunggang kapcai Honda Wave 125.

Perjalanannya tamat pada 20 Oktober di London, di mana hanya Lim dan 2 lagi rakannya berjaya menamatkan perjalanan melalui 25 negara, selamat dari kecelakaan, cuaca yang tidak menentu dan laluan yang berliku.


Mengimbau kembali pengalamannya, Lim yang bekerja menjual motorsikal berkuasa tinggi BMW berkata, kadangkala beliau sendiri hairan bagaimana mereka mampu menghabiskan perjalanan itu, bertemankan peta lama dan kompas sebagai panduan.

"Memang menjadi impian saya menjelajah sejauh 38,000km itu. Tiada siapa pernah melakukannya. Lapan orang lagi itu hanya mahu membantu saya mencapai impian saya.

"Tetapi, saya tahu, ramai antara mereka tidak akan mampu menghabiskannya," katanya kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Lim berkata, beliau merupakan yang "ekstrem" dalam kumpulan itu, sebagai seorang penggemar aktiviti luar, meskipun mempunyai kepingan besi sepanjang 38cm di kaki kirinya.


Beliau kehilangan tulang femur di kaki kirinya itu dalam kemalangan pada 1991, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menunggang motosikal. – TMI 3 Januari, 2016.


No comments