Header Ads

  • Terkini

    Diikat di pokok oleh penduduk kampung, Curi pakaian dalam wanita

    REMAJA lelaki berusia 20-an ditangkap penduduk Kampung Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, di sini petang semalam sebelum diikat di pokok selepas mencuri coli dan seluar dalam wanita.


    Remaja lelaki diikat di pokok oleh penduduk kampung kerana mencuri pakaian dalam wanita
    Remaja lelaki diikat di pokok oleh penduduk kampung kerana mencuri pakaian dalam wanita
    Lelaki terbabit ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika leka mencuri coli dan seluar dalam wanita di beberapa rumah penduduk.


    Lelaki 20an dicekup suka curi coli dan seluar dalam wanita, penduduk kampung ikat pada pokok

    Penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40, berkata, kejadian itu disedari beberapa isteri nelayan yang curiga selepas melihat suspek masuk ke dalam rumah penduduk sebelum melihat dia keluar membawa coli dan seluar dalam wanita.

    Menurutnya, mereka kemudian memaklumkan kepada penduduk sebelum lelaki itu ditangkap.

    “Ketika ditahan, penduduk terkejut apabila menemui sejumlah coli dan seluar milik penduduk di dalam baldi yang dibawa oleh lelaki itu.


    “Lelaki yang berasal dari Semeling itu kemudian diikat pada sebatang pokok sebelum ditahan polis yang tiba tidak lama kemudiana.

    “Bagaimanapun, penduduk tidak membuat sebarang laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

    Gambar lelaki itu yang diikat di pokok menjadi viral selepas tersebar di media sosial sejak semalam. - myMetro


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad