Top Ad unit 728 × 90

recent

Dua Beranak Korban Dalam Kebakaran Dikebumi Dalam Satu Liang

Balik Pulau: Dua beranak yang rentung dalam kebakaran di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, pagi ini, dikebumikan dalam satu liang.


Rosshina tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah suaminya dan anaknya yang dikebumikan dalam satu liang. (Foto: MyMetro)
Jenazah Nazri Zainal Abidin, 29, bersama bayi perempuannya, Damia'ulaiyyah Salsabila, tiga bulan, dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, petang ini.


BACA: Bapa dan Bayi 3 Bulan, Rentung Dalam Kebakaran

Allahyarham Nazri dan bayi perempuannya itu tiga bulan, maut selepas gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran itu manakala lima ahli keluarga lain termasuk isterinya, Rosshina Abd Latif, 24, sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, ibu mentua mangsa, Che Gayah Mat Rawi, 76, yang ditemui Bernama, berkata dia tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising di luar rumah dan orang menjerit memberitahu berlaku kebakaran.

“Selepas dengar bunyi orang menjerit api api, mak cik terus bangun dan gerak (kejutkan) tiga cucu lelaki yang sedang tidur dengan mak cik di bilik bawah sebelum kami ambil kunci rumah dan keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Katanya selepas itu, anak perempuan dan menantunya yang tidur di bilik di tingkat atas rumah mereka keluar menyelamatkan diri sebelum mangsa masuk semula ke dalam rumah selepas menyedari bayinya tertinggal.

“Ketika itu, api sudah marak dan membakar keseluruhan rumah saya dan jiran sebelah rumah memberitahu, menantu saya yang masuk untuk selamatkan anaknya tidak keluar dan kami mula rasa tidak sedap hati.

“Anak perempuan saya cuba untuk masuk tetapi pihak bomba menghalang dan tidak benarkan sesiapa masuk kerana api sedang marak. Mak cik sedih sangat bila melihat bomba keluarkan mayat menantu dan cucu mak cik,” katanya. - myMetro



Dua Beranak Korban Dalam Kebakaran Dikebumi Dalam Satu Liang Reviewed by Adam Hakimie on January 23, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.