Duda Anak Dua Tidak Pulang Selama Tiga Hari Dijumpai Mati Lemas

Dungun – Misteri kehilangan seorang duda anak dua yang tidak pulang ke rumah selama tiga hari terungkai apabila mayatnya dijumpai dua orang pemancing di Sungai Kampung Dendang, Hulu Dungun di sini hari ini.


Duda Anak 2 Tidak Pulang 3 Hari Dijumpai Mati Lemas
Duda Anak 2 Tidak Pulang 3 Hari Dijumpai Mati Lemas
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Imran Ismail berkata mayat Sufian Harun, 36, dijumpai dua pemancing terbabit pada pukul 9.30 pagi tadi.


“Kita menerima laporan daripada orang awam pada pukul 11 pagi dan kita telah menggerakkan lapan anggota bersama sebuah bot untuk mengambil mayat mangsa yang tersangkut pada ranting pokok.

“Mangsa dipercayai mati lemas dan mayat dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saksi yang menjumpai mayat tersebut, Ayob Yusof, 27, berkata beliau dan adiknya Abdul Halim, 13, terkejut apabila ternampak satu objek yang terapung kira-kira 100 meter dari tempat mereka memancing.

“Masa itu, saya duduk di tepi sungai, nampak ada satu objek besar yang terapung. Kemudian, saya dan adik naik bot untuk tengok apa objek tersebut dan agak terkejut bila tengok objek tersebut adalah mayat.


“Saya agak panik sebab tidak pernah jumpa mayat macam ini, kemudian saya dan adik cepat-cepat balik ke darat dan bagi tahu orang kampung penemuan mayat tersebut,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa Harun Abdullah, 73, mengesahkan mayat tersebut ialah anak lelakinya berpandukan cincin yang dipakai di jari kiri tangannya dan jari kakinya yang bengkok.

“Saya memang yakin itu anak saya sebab tengok jari kaki pun saya boleh sebab ada jarinya yang bengkok.

“Anak saya ini duda anak dua dan sudah tiga hari tidak pulang ke rumah, saya sudah buat laporan di Balai Polis Bukit Besi sebab anak tinggal di Bukit Besi dan saya pula tinggal di Kampung Baru Sungai Binjai, Landas,” katanya yang reda dengan pemergian anaknya itu, lapor Bernama.

CERITA & BERITA-BERITA TRAGEDI LEMAS SEBELUM INI
www.ohdunia.my/.../jururawat-jatuh-ke-laut-terus-ditelan-ombak.html
13 Dis 2015 ... KUCHING : Seorang jururawat dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Pantai Pasir Pandak, Santubong di ...
www.ohdunia.my/.../dua-kanak-kanak-lemas-dalam-perigi-lama.html
28 Nov 2015 ... Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun ditemui mati lemas dalam sebuah perigi lama di Kampung Alur Keladi, dekat sini, ...
www.ohdunia.my/2015/.../ibu-leka-dengan-facebook-hingga-tak.html
11 Okt 2015 ... Kelekaan melayari laman Facebook menyebabkan seorang ibu dipenjara apabila kelekaan tersebut menyebabkan anaknya matilemas.
www.ohdunia.my/.../dua-beradik-perempuan-mati-lemas-dalam-kolam.html
23 Sep 2014 ... Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, mangsa dua beradik itu lemas ketika melakukan aktiviti riadah di sebuah kelab renang di Taman ...
www.ohdunia.my/2015/.../video-anak-scha-alyahya-awal-ashaari.html
26 Jul 2015 ... Video: Anak Scha Alyahya dan Awal Ashaari hampir lemas.. KALAU sehari tak tengok gelagat puteri kesayangan Scha Alyahya dan Awal ...
www.ohdunia.my/2015/.../mayat-mangsa-ketiga-tragedi-lemas-di.html
3 Dis 2015 ... Cheras – Mayat terakhir kanak-kanak mangsa lemas di Sungai Kuyoh, Joe Jerry Primus, ditemui berhampiran tasik Muhibbah, Cheras, di sini ...
www.ohdunia.my/.../pelajar-tahfiz-maut-lemas-di-pantai-setiu-seorang-lagi- masih-hilang.html
22 Dis 2015 ... SETIU – Seorang daripada remaja yang hilang ketika bermain air bersama rakannya di Pantai Rhu Sepuluh di sini, semalam ditemui lemas ...
www.ohdunia.my/.../tragedi-air-terjun-imam-surau-puncak-alam-maut.html
19 Dis 2015 ... KUALA SELANGOR - Abdul Halim Samian, 44, imam surau yang mati lemas ketika mandi bersama keluarga di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu ...
www.ohdunia.my/.../dua-kanak-kanak-lemas-dalam-perigi-lama.html?...
28 Nov 2015 ... Jertih: Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun ditemui mati lemas dalam sebuah perigi lama di Kampung Alur Keladi, dekat ...
www.ohdunia.my/.../lelaki-lemas-terperangkap-dalam-saluran-air.html
27 Dis 2015 ... SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui lemas selepas terperangkap di dalam saluran air ketika menangkap ikan di ...

No comments