Duit BR1M 2016 kategori bujang masuk akaun seawal 26.1.2016

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2016 (BR1M 2016) terutamanya bagi kategori bujang (individu) dengan pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah dipercayai telah menerima pembayaran bermula pada Selasa 26 Januari 2016.


Duit BR1M 2016 kategori bujang masuk akaun seawal 26.1.2016

Bagi kategori bujang (individu) yang pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM400 sekiranya permohonan diluluskan dan pembayaran bagi kategori tersebut dibuat sekali gus berbeza dengan pembayaran bagi kategori isi rumah yang dibuat secara ansuran dalam tempoh setahun


Penerima BR1M 2016 bagi kategori bujang (individu) yang telah menerima nilai pembayaran sebanyak RM400 menerusi akaun simpanan bank pada hari Selasa 26 Januari 2016 masing-masing meluahkan rasa gembira selain memberitahu rakan-rakan mereka bahawa duit BR1M2016 bagi kategori itu sudah masuk

Tinjauan MYsumber di laman media sosial mendapati ada segelintir daripada mereka mendakwa belum menerima pembayaran berkenaan pada 26 Januari 2016 dan ada yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana belum dapat pembayaran pada tarikh yang sama

PEMBAYARAN BR1M 2016 KATEGORI BUJANG MASUK AKAUN SEAWAL 26 JANUARI 2016

Untuk makluman, Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan jadual pembayaran BR1M 2016 untuk kategori bujang bemula pada 28 Januari 2016 serta bermula tarikh yang sama pembayaran fasa 1 untuk kategori Isu Rumah dan E-Kasih turut dibuat


Kecepatan pengkreditan duit bantuan BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima

Jadi kepada penerima BR1M sedia ada dan pemohon baharu di harap bersabar kerana tarikh sebenar pembayaran BR1M adalah bermula pada 28 Januari ini dan semakan kelulusan permohonan secara atas talian (online) turut boleh dibuat bermula pada tarikh berkenaan. Sumber: mysumber.com


1 comment

Anonymous said...

Today is January 28, 2016 Thursday so I went to check my bank account which I used to receive last year's 2015 BR1M. You can imagine my surprise to see nothing was added to my last remaining balance of RM X013.40 sen. I approached the service-counter clerk who advised me to go to Kuching branch of LHDN (which I will tomorrow). I'm not sure, whether my non-update of my BR1M particulars has anything to do with this RM250 not banked into my account? I didn't update because there is no change whatsoever to existing particulars in my BR1M. PENSIONER