Empat Maut Dipercayai Berlumba, Langgar Belakang Treler

Sungai Buloh – Tiga penunggang dan seorang pembonceng maut selepas tiga buah motosikal jenis Kawasaki RR milik mereka terbabas sebelum melanggar belakang sebuah treler di Lebuh Raya Guthrie di sini tengah malam tadi.


Empat Maut Dipercayai Berlumba, Langgar Belakang Treler

Dalam kejadian pukul 11.32 malam itu menyebabkan Sharifudin Zailani,21, Syawalnizam Azman,21, Mohd. Zaki Yahya, 19 dan Muhammad Habiibullah Ruslan,20, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Rozi Jidin berkata, hasil siasatan mendapati kumpulan penunggang motosikal tersebut telah mengadakan perlumbaan sebelum terbabas di kilometer 12.8 Lebuh Raya Guthrie.


Katanya, dipercayai akibat perlumbaan itu mereka tidak dapat mengelak treler yang berada di atas jalan sebelum merempuhnya dari belakang.

“Tiga penunggang dan seorang pembonceng maut di lokasi kejadian akibat pelanggaran itu.

“Mayat kesemua lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi tadi, lapor Kosmo.



No comments