Enjin Kapal Latihan TLDM Terbakar

SITIAWAN: Kapal Teguh Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar di Grade One Marine, Kampung Acheh, di sini pagi tadi.


Enjin Kapal Latihan TLDM Terbakar
Enjin Kapal Latihan TLDM Terbakar
Bagaimanapun, kebakaran jam 9.50 pagi itu hanya membabitkan bilik enjin kapal latihan berkenaan dan kebakaran disedari pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di kawasan berhampiran.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.59 pagi sebelum sepasukan anggotanya ke tempat kejadian.

"Kapal berkenaan dalam kerja pembaikan, namun ketika kejadian berlaku tiada siapa berada di dalam kapal itu dan tiada mangsa yang terbabit.

"Sebaik pihak bomba tiba di tempat kejadian, asap hitam keluar melalui pintu masuk utama kapal berkenaan dan pemeriksaan mendapati kebakaran hanya membabitkan lima peratus bahagian bilik enjin dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk kerja pemadaman serta dapat mengawal kebakaran daripada merebak keseluruhan kapal," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. - Berita Harian



No comments