Fasha Sandha dan Jejai Sah Bercerai Talak Satu

Kuala Lumpur - PELAKON Fasha Sandha, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, tengahari tadi.


Pelakon, Nur Fasha Sandha Hassan atau dikenali sebagai Fasha Sandha (kiri), bersama peguamnya, ketika hadir di mahkamah bagi menghadiri kes penceraiannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini.
Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan.


Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1. Jejai pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal, 7.

Pengesahan lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, ketika prosiding tertutup dalam kamar. Jejai enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri media.

Bagaimanapun, dia yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah. -BH



×
  1. Nora Danish Lantik Peguam Berhubung Isu Rumah tangga Fasha & Jejai
    Umum pasti sudah mengetahui berita mengenai pergolakan rumahtangga antara pelakon jelita, Fasha Sand...
  2. Rumah tangga Fasha, Jejai: “Saya mangsa keadaan.” - Nora Danish
    Setelah sekian lama menutup mulut mengenai isu keretakan rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai, Nora D...
  3. Gara-gara peminat, Fasha Sandha‘bertelagah’ dengan adik ipar sendiri?
    KISAH rumah tangga pelakon Fasha Sandha bukan perkara baharu diperkatakan dalam kalangan peminatnya....
  4. Rumah Tangga Fasha Sandha dan Rizal (Jejai) Kini Semakin Retak?!!
    Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah rumusan yang boleh dibuat terh...



No comments