Terkini

Gelandangan Dipukul Dengan Botol Arak Kerana Tegur Budak Kencing

KUALA LUMPUR: Seorang wanita gelandangan berlumuran darah di kepala selepas dipukul kerana menegur seorang kanak-kanak kencing di tempat tidurnya.


Gelandangan Dipukul Dengan Botol Arak Kerana Tegur Budak Kencing

Dalam jam 10 malam kelmarin, mangsa, M.Saroja, 56, diserang selepas memarahi seorang kanak-kanak lelaki itu berhampiran Pudu Sentral di sini.


Pegawai Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Cheras, Mohd Rosdi Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pondok polis Pudu Sentral di sini, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, wanita itu ditemui berlumuran darah di kepala. Mangsa mendakwa diserang selepas menegur kanak-kanak lelaki membuang air kecil berhampirannya.

“Bagaimanapun bapa kanak-kanak itu muncul sebelum memarahi mangsa.Dia kemudian bertindak memukul kepala mangsa menggunakan botol arak,” katanya ketika dihubungi, semalam. - Harian Metro



No comments