Terkini

Gempa Bumi 6.6 Magnitud Gegarkan Pantai Barat Mexico

MEXICO CITY: Gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud menggegarkan pantai barat Mexico yang menghadap lautan Pasifik pada Khamis tetapi pihak berkuasa melaporkan tiada kecederaan atau kerosakan.


Gempa Bumi 6.6 Magnitud Gegarkan Pantai Barat Mexico

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu berpusat kira-kira 215 kilometer barat daya bandar Tomatlan, wilayah Jalisco, pada kedalaman 10 kilometer.


Agensi Perlindungan Awam Jalisco menerusi Twitter berkata, kesan gegaran dapat dirasai di beberapa daerah tetapi tiada laporan berkaitan orang awam cedera atau kerosakan bangunan.

Sementara itu, Pusat Amaran Tusnami Pasifik, Jabatan Kajicuaca Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, gempa itu tidak menyebabkan tsunami.



No comments