Gosip Zizan - Vie Shantie Tak Jejas Hubungan Eizlan Dengan Bekas Isteri

Baru-baru ini industi hiburan tanahair kecoh dengan khabar angin yang mengatakan kononnya pelakon Zizan Razak sedang menjalin hubungan mesra dengan bekas isteri Eizlan Yusof, Vie Shantie.


Gosip Zizan - Vie Santie Tak Jejas Hubungan Eizlan Dengan Bekas Isteri

Apabila diminta mengulas tentang gosip berkenaan, Eizlan berkata bahawa perkara tersebut sebenarnya langsung tidak menjejaskan hubungan baik antara dirinya dan bekas isteri.

BACA: Zizan Nafikan Gosip Intim Dengan Vie Shantie


“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja.

"Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Vie Santie
Vie Shantie
Sebelum ini, Eizlan pernah menyatakan hasratnya untuk merujuk semula namun perkara itu harus dipersetujui kedua belah pihak.

Zizan juga tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.



No comments