Terkini

Harga Petrol dan Diesel Turun Hari Ini, 1 Januari 2016

Harga Petrol dan Diesel turun hari ini, 1 Januari 2016. Harga minyak pada bulan Januari bakal menyaksikan penurunan secara menyeluruh.


Harga Petrol dan Diesel Turun Hari Ini, 1 Januari 2016
Harga Petrol dan Diesel Turun Hari Ini, 1 Januari 2016
Harga bagi Petrol RON95 akan turun sebanyak 10 sen kepada RM1.85 seliter, manakala RON97 turun 20 sen kepada RM2.25 seliter.


Harga diesel biasa berkurangan sebanyak 30 sen kepada RM1.60 seliter, manakala harga diesel Euro 5 itu juga akan turun sebanyak 30 sen kepada RM1.70.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Harga RON95 bagi bulan Disember adalah RM1.95 seliter manakala harga RON97, diesel biasa dan diesel Euro 5 adalah RM2.45 , RM1.90 dan RM2.00 seliter.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memutuskan untuk menetapkan harga petrol dan diesel dengan sistem pengapungan harga minyak bermula 1 Disember tahun lalu berikutan penghapusan semua subsidi bahan api. - Bernama


No comments