Terkini


Harga runcit petrol dan diesel turun mulai Februari

Harga runcit bahan api turun lagi bagi bulan Februari, antara 10 dan 25 sen seliter, menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia malam ini.


Harga runcit petrol dan diesel turun mulai Februari

Harga petrol RON95 akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi RM2.05 sen bagi setiap liter (turun 20 sen) dan diesel RM1.35 seliter (turun 25 sen).

Harga baru itu akan berkuatkuasa tengah malam ini, kata persatuan itu seperti diumumkan agensi berita nasional Bernama. – 31 Januari, 2016.



No comments