Hari pertama persekolahan, Yang menggugat kesabaran Cikgu Darjah 1

Ini adalah perkongsian cerita Puan Haslina Ali tentang kerenah anak murid tahun 1 pada hari pertama persekolahan. Memang tugas guru darjah 1 melayani kerenah mereka perlukan banyak kesabaran. Ikuti cerita beliau..


Hari pertama persekolahan, Yang menggugat kesabaran Cikgu Darjah 1
Hari pertama persekolahan, Yang menggugat kesabaran Cikgu Darjah 1
First day of school, saya perhati dan melihat kesabaran cikgu darjah satu. Dengan pressure dari parents yang berdiri di luar kelas, semua demand perhatian untuk anak mereka.

Paperwork yang banyak walaupun sepatutnya setle di hari orientasi. Budak yang macam-macam karenah, budak nervous sampai nama sendiri pun tak ingat.


Cikgu tanya, "Siapa namanya saya belum panggil?". Yang menyahut, "Nama saya sudah cikgu," bertalu-talu. Yang belum panggil, blur dan tak jawab sampai ke sudah.

Cikgu kata, "Bila saya sebut nama, angkat tangan,". Bila disebut nama, budak datang ke depan dan ada yang sudah lupa nama mereka sendiri. Cikgu kata "Semua duduk,". Ada saja yang bangun berjalan. Yang menangis di tengah kelas, gayut di kaki ibu. Em..

Ada budak dah masuk kelas lain, muka selamba saja. Padahal beg dah letak di kelas lain. Bila cikgu cari, dia pula sudah terlupa namanya sendiri. Ada yang tidak tahu nama sendiri sebab di rumah, ibunya biasa memanggilnya 'adik'. Di tadika pula cikgu panggil 'John'.

"Bila pula nama saya Muhammad Khairul Iskandar Pallavi Omar Mokhtar?"

Penat cikgu seru 15 kali.

Cikgunya pula pakai baju kurung sutera. Kasut tinggi dengan selendang lilit-lilit pin kiri kanan belok atas. Twist, inner ninja yang matching. Brooch goyang-goyang. Hujung hari dah senget semua. Berpeluh-peluh cikgu nak tawaf kelas, bawa budak pergi tandas, hantar budak sesat, kena marah dengan ibu bapa pelajar, nak susun fail lagi.


Sabar ya cikgu, anda menyumbang kepada masa depan negara. Terima kasih cikgu.

*Pemerhatian saya sebagai ibu ketika menghantar 5 anak ke darjah satu sejak tahun 2003. Tiada kena mengena dengan mana-mana guru ataupun murid. Mak-mak pastikan anak anda ingat pada nama mereka sendiri. - Haslina Ali : (kredit: TheHypermedia.com)


No comments