Hospital diroboh walaupun doktor dan pesakit masih berada di dalam

HENAN, China: Sebuah hospital di Henan, China dirobohkan walaupun para doktor dan pesakit masih berada di dalamnya.


Media China menunjukkan bahagian dinding hospital yang roboh dan serpihan yang bertimbun.
Media China menunjukkan bahagian dinding hospital yang roboh dan serpihan yang bertimbun. (Gambar: AP)
Sebahagian bangunan hospital di bandar Zhengzhou ini dirobohkan Khamis lalu kerana bertikai mengenai tanah.

Menurut para doktor, sekumpulan lelaki berpakaian tentera merobohkan hospital itu serta rumah mayat di sebelahnya.


Akibatnya enam mayat di rumah mayat itu tertimbus runtuhan bangunannya.

Pihak hospital dilaporkan mendakwa tindakan itu dilakukan setelah pemerintah tempatan gagal mendapatkan persetujuan pihak hospital berhubung satu projek meluaskan jalan raya.

Pemerintah tempatan pula menyatakan para pekerjanya memastikan hospital itu sudah kosong sebelum merobohkannya.

- Agensiberita/AG



No comments