Terkini

Inilah Gerangan Gadis Cun Dalam Video Jersi Terbaru JDT Kini Terbongkar.

Rasanya semua dah lihat video gimik pelancaran jersi terbaru dari pasukan bola sepak Johor Darul Ta’azim (JDT). Dalam video tersebut turut menampilkan pemilik pasukan JDT iaitu Tunku Ismail Ibrahim yang berada dalam pesawat.


Inilah Gerangan Gadis Cun Dalam Video Jersi Terbaru JDT Kini Terbongkar.

Video yang berdurasi tiga minit itu turut menampilkan seorang gadis yang tidak pernah kita lihat. Dia bukan seorang pelakon malah bukan juga selebriti yang terkenal.


Gadis itu dikenali sebagai Mimi Haney Jaffry. Mimi baru sahaja berumur 21 tahun dan khabarnya beliau pernah menandatangani kontrak dengan David Teo, selaku pemilik Metrowealth International Group (MIG) satu ketika dulu.

Selain melibatkan diri dalam dunia pengacaraan, Mimi juga pernah terlibat dalam dunia peragaan.

Mimi Haney Jaffry


Mimi Haney Jaffry


Namun, kini dia sedang bekerja sepenuh masa sebagai pembantu peribadi di sebuah firma perundangan di Johor. Bercerita mengenai pengalaman membintangi video tersebut, Mimi mengakui dia sangat teruja dan gembira kerana terpilih untuk muncul dalam video tersebut.


Ia satu pengalaman manis buat saya. Kebetulan JDT memang mencari gadis dari Johor yang dikenali dan saya menjadi pilihan. Komitmen saya untuk penggambaran itu hanya sehari. Jika tak silap, secara keseluruhan penggambaran video itu memakan masa tiga hari.

Mimi Haney Jaffry

Penggambaran berjalan lancar kerana ia dilakukan pada hari bekerja. Jadi orang tak ramai di lapangan terbang.


Malah, pengambaraan tersebut dilakukan di Lapangan Terbang Senai, Johor dan pada masa yang sama Mimi juga memberitahu bahawa dia dapat berjumpa dan berkenalan dengan semua pemain hebat JDT.

Mimi Haney Jaffry

Saya dapat berbual dengan mereka dan pastinya, mereka tidak sombong.

Bertuah badan dapat peluang untuk membintangi video tersebut. Bukan semua orang dapat peluang sebegitu.


No comments