Respon 'Cool' Dato' Vida berhubung tweet Fizo Omar yang dikecam netizen

Sedia maklum Ahad lalu telah berakhirnya Program Gegar Vaganza musim kedua. Pada malam ahad itu juga status tweet yang dimuat naik oleh Fizo Omar Mencetuskan kecaman hebat dalam kalangan netizen di media sosial.


Inilah Respon Dato' Vida Berhubung Tweet Fizo Omar Dikecam Netizen
Inilah Respon Dato' Vida Berhubung Tweet Fizo Omar Dikecam Netizen
Walaupun status yang dimuatnaik itu tidak ditujukan nama, namun netizen sudah dapat mengagak kepada siapa ia ditujukan.


Tweet Fizo Omar Dikecam Netizen
Bagaimanapun, Datuk Seri Vida tidak melenting dan memberikan reaksi yang profesional.

"Pada malam Ahad lalu selepas berakhir konsert Gegar Vaganza 2, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media.

"Tetapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah. Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya.

"Nawaitu saya cuma satu, saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk saya. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan," katanya.


Bagi Datuk Seri Vida, biarlah apa yang orang berkata tentang dirinya, dia tetap tampil sebagai dirinya yang sebenar. Hanya orang dalam bidang perniagaan akan faham strategi orang berniaga.

"Saya sudah lama berniaga. Alhamdulillah produk saya laris selepas saya ubah cara promosi. Sambutan terhadap produk Pamoga dan Qu Puteh juga luar biasa," katanya.

Bagi beliau, jika mahu berjaya, peniaga atau usahawan perlu sentiasa tampil dengan kelainan dan berani membuat perubahan. Beliau amat bersyukur kerana produknya diterima orang ramai dan tagline "Qu puteh, qu puteh, barulah puteh' itu juga turut menjadi sebutan di bibir masyarakat.


No comments