Terkini

IS mengaku bertanggungjawab serang Jakarta

KAHERAH, Jumaat – Kumpulan Militan IS hari ini mengaku bertanggungjawab terhadap letupan dan tembak menembak yang menyebabkan kematian di Jakarta, Indonesia.


IS mengaku bertanggungjawab serang Jakarta
Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, IS mengaku terlibat dengan serangan yang mengorbankan tujuh orang, lima daripadanya adalah penyerang.


Kenyataan itu mengatakan serangan menyasarkan perjumpaan negara sekutu Amerika Syarikat di Jakarta yang mahu memerangi IS di Iraq dan Syria.

Bagaimanapun IS memaklumkan jumlah yang maut ialah 15 orang, namun kiraan rasmi dikeluarkan kerajaan Indonesia adalah tujuh.

Dalam perkembangan yang sama, kumpulan Perisikan berpusat di Amerika Syarikat, SITE berkata ia juga diedarkan di kalangan kumpulan pro-IS dalam aplikasi mesej Telegram.

Mesej itu menyatakan bahawa penyerang menjalankan serangan di Jakarta dan meletakkan beberapa bom dengan peranti masa.

Walaupun begitu, ia berbeza dengan kenyataan polis Indonesia dan jumlah penyerang, mengatakan mereka berempat memakai tali pinggang bom dan membawa senjata ringan.

Semalam, Polis juga memberitahu Al Jazeera bahawa kumpulan IS ini sudah memberi ancaman khusus sebelumnya mengenai serangan pada hari berkenaan. – Agensi



No comments