Isteri Kedua Nikah Lain - Salih Yaacob Kini Tinggal '3 Isteri'

Pelawak, pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, 55, kini mempunyai satu kekosongan lagi! Semuanya gara-gara dia sudah berpisah dengan isteri keduanya yang bernama Nor Raha Hamad, 47, selepas Aidilfitri tahun lalu. Kata Salih, dia menganggap ia adalah satu ketentuan daripada Allah SWT.



"Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.


"Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya," ujar Salih dipetik sebagai berkata.

Gambar tahun 2012


Tambahnya lagi, masalah rumah tangga mereka bermula sebelum penggambaran rakaman program Romantika yang dibuat di Melaka pada 2014.

Bagaimanapun, Salih tidak menafikan ia berpunca daripada orang ketiga disebabkan bekas isterinya itu kini telah bernikah dengan lelaki lain sebaik sahaja habis edah.

"Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada keadaan menjadi semakin buruk.



"Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku," jelasnya lagi.

Untuk makluman bersama, Salih dan bekas isterinya itu pernah hidup bersama sebagai suami isteri selama 23 tahun. Mereka dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Malah sebelum ini (pada tahun 2012), dia dan isteri keduanya itu sebenarnya pernah hampir-hampir bercerai tetapi dapat diselamatkan setelah berbincang secara baik.

Tiga lagi isteri Salih iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya dan mereka dikurniakan 13 anak. Sumber: HM



No comments