Jangan persenda orang lain dalam media sosial - Najib

SERI KEMBANGAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa agar rakyat Malaysia khususnya pengguna media sosial supaya tidak menyalahguna platform sosial itu.


Jangan persenda orang lain dalam media sosial - PM
Jangan persenda orang lain dalam media sosial - PM (Foto FMT)
Menurutnya, media sosial tidak seharusnya digunakan untuk tujuan mempermainkan atau mempersenda individu atau kumpulan tertentu.

“Kita tidak boleh gunakan media sosial untuk ‘make fun of each other’,” ujarnya sewaktu berucap di hadapan kira-kira 1,500 hadirin di Wisma Hua Zhong, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Najib juga menyeru agar rakyat Malaysia bekerjasama bagi mengukuhkan lagi perpaduan untuk meneruskan pembangunan yang progresif di negara ini.

“Kita kena bekerjasama mengukuhkan pembinaan perpaduan dan progresif Malaysia,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, warga maya menggesa Najib meletakkan jawatan hinggakan hashtag, #Najibletakjawatan dicipta oleh pengguna Twitter telah diguna secara berleluasa dalam media sosial.

Bukan itu sahaja, turut dikesan beberapa laman sosial Facebook yang dicipta bagi mendesak Najib mengundur diri daripada jawatan Perdana Menteri.

Najib dikritik ekoran kontroversi yang membabitkan dirinya dengan wang derma politik yang diterima daripada dermawan misteri, negara Timur Tengah dan skandal syarikat pelaburan tempatan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - FMT



No comments