Terkini

Jemaah Umrah Malaysia Hilang di Madinah Sejak Dua Minggu Lalu

KUALA LUMPUR: Seorang jemaah Malaysia dipercayai hilang sejak dua minggu lalu ketika mengerjakan umrah di Madinah.


Jemaah Umrah Malaysia Hilang di Madinah Sejak Dua Minggu Lalu
Jemaah Umrah Malaysia Hilang di Madinah Sejak Dua Minggu Lalu (Foto Utusan)
Nor Azimah Ibrahim yang berusia lingkungan 30-an gagal dikesan ahli keluarganya selepas kali terakhir dilihat berada di Masjid Nabawi pada 19 Disember lalu.



Mangsa berangkat ke Mekah bersama bapanya, Ibrahim Abd Rahman,53, dan ibunya, Zamhani Zakaria, 50, pada 11 Disember lalu.

Menurut jiran keluarga mangsa, Nasaruddin Abd Manaf, 53, dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh bapa mangsa yang hingga kini masih berada di Madinah untuk mencarinya.

“Mangsa yang merupakan ibu tunggal telah berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah menggunakan khidmat agensi swasta.

“Saya difahamkan, pada pagi kejadian dia (Nor Azimah) berada di Masjid Nabawi dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah kerana tidak sihat. Ibu bapanya yang pulang ziarah sekitar tengah hari kemudian gagal mengesan mangsa di masjid berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Nasaruddin memberitahu, sehingga kini masih tiada berita mengenai kehilangan Nor Azimah yang sepatutnya pulang pada 22 Disember lalu. - Utusan Online


No comments