Header Ads

  • Terkini

    Jemaah umrah nampak Azimah pengsan berdekatan Masjid Nabawi

    KUALA LUMPUR: Seorang jemaah umrah Malaysia mendakwa melihat Nor Azimah Ibrahim yang dilaporkan hilang di Madinah pada 19 Disember lalu sebelum wanita itu dibawa ke hospital menaiki ambulans.


    Jemaah umrah nampak Azimah pengsan berdekatan Masjid Nabawi
    Jemaah umrah nampak Azimah pengsan berdekatan Masjid Nabawi
    Bagaimanapun, Malek Halim, 51, dari Pulau Pinang berkata, beliau tidak mengetahui ke mana Nor Azimah dibawa yang ketika itu dalam keadaan separuh sedar selepas pengsan di tepi jalan berhampiran Masjid Nabawi pada hari jemaah itu dilaporkan hilang.

    BACA: Jemaah Umrah Malaysia Hilang di Madinah Sejak Dua Minggu Lalu



    Katanya, ketika kejadian, beliau dan beberapa jemaah sedang makan kebab di kedai berhampiran sebelum dimaklumkan seorang jemaah Indonesia bahawa ada seorang jemaah wanita dipercayai warga Malaysia pengsan di tepi jalan.

    “Jemaah wanita itu dikatakan tiada pengenalan diri ketika ditemui kecuali nama syarikat agensi swasta yang juga tidak menyertakan sebarang nombor telefon untuk dihubungi.

    “Kami tidak menghubungi mana-mana pihak kerana tiada nombor telefon untuk dihubungi, selain petugas ambulans memberi jaminan Nor Azimah akan dibawa ke hospital,” katanya ketika menghubungi BHonline semalam.

    Malek berkata, beliau mengetahui kehilangan Nor Azimah selepas membaca laporan Berita Harian yang menyiarkan paparan muka depan mengenai laporan kehilangan itu.


    Beliau yang menggunakan khidmat agensi swasta, Alfajr Travel & Tours Sdn Bhd pulang ke tanah air pada 22 Disember lalu iaitu tarikh sama dengan mangsa yang sepatutnya pulang bersama bapanya, Ibrahim Abd Rahman.


    Kehilangan Nor Azimah, 30, yang juga seorang ibu tunggal selepas berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lalu dan kali terakhir dilihat di Masjid Nabawi.

    Kehilangan mangsa turut disahkan oleh Konsulat Malaysia di Jeddah dan usaha mencari mangsa masih dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa di Arab Saudi.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad