Terkini

Kaki Pelajar Perempuan Putus Digilis Lori

SABAK BERNAM - Kaki seorang pelajar perempuan SMK Bagan Terap putus kedua-dua kakinya selepas digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang, petang tadi, lapor Harian Metro.


Kaki seorang pelajar perempuan SMK Bagan Terap putus kedua-dua kakinya selepas digilis lori
Kaki seorang pelajar perempuan SMK Bagan Terap putus kedua-dua kakinya selepas digilis lori
Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang oleh kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, dilanggar sebuah kereta dari belakang.


Mangsa terjatuh di tengah jalan dan tidak sempat bangun menyebabkan kakinya digilis lori yang membawa muatan tanah. Manakala kakaknya tercampak ke kiri jalan dan cedera di bahagian badan serta terseliuh kedua-dua kakinya.

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber lain, pemandu lori terbabit telah tampil membuat laporan polis, sekali gus menafikan yang dirinya lari selepas kejadian.

Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil atau menghubungi polis di talian 03-32242613, Inspektor Afiq Hardiv, untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987



No comments