Terkini

Kecoh!!.. Kad Pengenalan Ahmad Maslan Hilang??..

KUALA LUMPUR – Beberapa hari lalu, ramai yang berkongsi status yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook di mana pemilik akaun itu mendakwa menjumpai kad pengenalan milik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.


Kecoh!!.. Kad Pengenalan Ahmad Maslan Hilang??..
Kecoh!!.. Kad Pengenalan Ahmad Maslan Hilang??..
Dalam gambar yang dipaparkan tersebut jelas menunjukkan nama dan gambar si pemilik kad pengenalan adalah Datuk Ahmad Maslan.

Gambar yang disebarkan sebuah akaun Facebook mendakwa I/C Ahmad Maslan Hilang
Gambar yang disebarkan sebuah akaun Facebook mendakwa I/C Ahmad Maslan Hilang.

Namun hari ini, Ahmad Maslan tampil menjelaskan bahawa kad pengenalan itu hanyalah rekaan dan bukan miliknya.

Penjelasan Ahmad Maslan di Twitter
Penjelasan Ahmad Maslan di Twitter


Kata Ahmad Maslan dalam akaun Twitter dan Facebook beliau, kad pengenalannya masih berada dalam simpanannya, dan beliau tidak pernah mengunjungi warung seperti yang dikatakan.

Menurut cerita di akaun Facebook berkenaan, kad pengenalan itu dijumpai di sebuah warung dan pemiliknya diminta berhubung dengan admin yang menguruskan akaun Facebook tersebut untuk menuntut kad pengenalannya.



No comments