Terkini

Kena tindakan perli pemimpin, PROGUAM tampil bantu

ROMPIN – Seorang kakitangan awam dikenakan surat tunjuk akibat entrynya di laman sosial Facebook mengenai azam tahun baru yang menyentuh perihal pemimpin negara.


Surat tunjuk sebab yang diterima oleh seorang kaki tangan awam wanita kerana tindakannya memerli pemimpin di Facebook
Surat tunjuk sebab yang diterima oleh seorang kaki tangan awam wanita kerana tindakannya memerli pemimpin di Facebook
Selain itu, dalam entry sama juga dia turut mengkritik seorang timbalan menteri.

Isu yang viral di media sosial itu mendapat perhatian Persatuan Pengamal Undang Undang & Hak Asasi Manusia Malaysia (Proguam) Pahang yang mempersoalkan tindakan ke atas individu berkenaan selain menawarkan khidmat guaman.

BACA: Penjawat awam wanita terima padah burukkan pemimpin di Facebook


Pengerusinya, Mohd Fadzli Mohd Ramly, berkata, melihat pada keratan paparan skrin kenyataan Facebook individu itu yang tersebar di media sosial beliau berpandangan ia merupakan komen yang adil dan tidak menyentuh serta memfitnah mana-mana pihak.

“Sejak beberapa hari lalu keratan paparan skrin individu itu tersebar di media sosial yang turut diterima saya. Jadi, Proguam Pahang menawarkan khidmat guaman percuma untuk penjawat awam ini untuk membantunya dari aspek perundangan.

“Ia tidak menyentuh dan memfitnah mana-mana pihak serta tidak juga mempunyai unsur-unsur fitnah,” katanya kepada Sinar Harian.

Surat tunjuk sebab bertarikh 4 Januari itu dikatakan tersebar di media sosial dan ditandatangani pegawai jabatan kerajaan yang menyatakan posting Facebook itu boleh menyebabkan persepsi negatif dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab serta boleh mencemarkan reputasi agensinya, kerajaan termasuk perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, Fadzli turut menegaskan bahawa tindakan yang dikenakan itu juga disifatkan sebagai menyekat amalan demokrasi negara iaitu hak untuk bersuara selain menganggap tindakan itu juga tidak sesuai dalam suasana masa kini.


“Dari segi moral pada saya pihak berkenaan mengambil tindakan kepada yang bersuara seperti ini adalah untuk menutup mulut rakyat iaitu tidak mustahil mereka ini golongan yang tertekan akibat kos sara hidup meningkat.

“Paling penting mesej di sebalik isu ini ialah ia bukan sekadar reaksi rakyat tetapi ia juga merupakan reaksi daripada seorang kakitangan awam yang meluahkan perasaan yang mewakili suara hatinya dan mungkin suara hati ramai lagi rakyat di luar sana,” katanya, lapor Sinar Harian


No comments