Kerana Amanah 20 Sen, Imam Ketar Lutut Dan Hampir Jatuh Ke Tanah

Amanah, adalah satu sikap terpuji yang ada kepada Nabi kita Muhammad S.A.W, dan bila seseorang insan biasa yang punyai sifat amanah ini, sudah pasti ramai manusia di sekelilingnya akan percaya dan hormati.


Kerana Amanah 20 Sen, Imam Ketar Lutut Dan Hampir Jatuh Ke Tanah
Kerana Amanah 20 Sen, Imam Ketar Lutut Dan Hampir Jatuh Ke Tanah
Amanah ini sebenarnya satu sikap yang amat susah untuk dipegang dan ramai yang tidak memilikinya, takkala ramai mereka yang hidup di dunia tewas dan hilang dengan sifat ini, bahkan bukan shaja di peringkat tertinggi, malahan sekecil-kecil pangkat dan darjat pun terjadi.


Apa yang diceritakan oleh Ustaz Zahazan Mohamed ini adalah satu contoh yang terbaik perlu dijadikan tauladan dan ditanam dalam kehidupan oleh kita lebih-lebih lagi kita tinggal ini dalam masyarakat majmuk supaya menjadi contoh yang terbaik.

Jom kita baca.

Amanah 20 sen❤

Seorang imam masjid di London biasa naik bas untuk ke mana mana…

Suatu hari dia membayar tambang bas,, lalu segera duduk setelah menerima baki dari pemandu bas tersebut..

Setelah dia mengira,, ternyata wang baki dari pemandu itu terlebih 20 sen… Ada niat di hati sang imam untuk mengembalikan baki duit yang terlebih itu kerana memang bukan haknya…

Namun terlintas pula dalam fikirannya untuk tidak mengembalikannya.. hanya kerana memikirkan itu hanya wang kecil yang tak begitu bernilai.. Umumnya orang juga tidak mengambil peduli dalam hal begini… lagipun itu tidak akan membuat pemandu bas miskin…

Kemudian bas berhenti di sebuah perhentian bas untuk menurunkan sang imam… Tiba-tiba sang imam berhenti sejenak sebelum keluar dari bas,, sambil menyerahkan wang 20 sen kepada pemandu dan berkata:

“Ini wang anda,, baki wang saya yang anda pulangkan tadi terlebih 20 sen.. Ini bukan hak saya..”

Si pemandu mengambilnya dengan tersenyum dan berkata:


“Bukankah anda imam baru di kota ini?? Saya sudah lama berfikir untuk mendatangi masjid anda demi mengenal lebih jauh tentang Islam,, maka sengaja saya menguji anda dengan memberi wang baki yang lebih dari sepatutnya… Saya ingin tahu sikap anda..”

Saat sang imam turun dari bas,, kedua lututnya terasa menggeletar dan hampir jatuh ke tanah,, hingga dia memegang tiang yang berdekat dengannya dan bersandar… Pandangannya menatap ke langit dan berkata:

“Ya Allah,, hampir saja saya menjual Islam hanya dengan 20 sen saja…”

(Al-Brithani wa amaanatul Imam,,Ahmad Khalid al-Utaiby)

Maka berdakwah tak hanya dengan dalil,, tapi juga dengan akhlak,, agar jangan sampai orang lain menjauh dari Islam kerana perilaku kita yang tidak selaras dengan apa yang diajarkan Islam…ambillah ibrah dari cerita di atas… – Siakapkeli.my


No comments