Header Ads

  • Terkini

    Tiga Kertas Cadangan ‘Stadium Pink’ Kini Jadi Viral

    Selepas rentetan daripada pelbagai kisah penukaran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kepada ‘stadium pink‘ kini viral pula kertas cadangan mengenai stadium tersebut di media sosial.


    Kertas cadangan ‘stadium pink’ kini jadi viral
    Kertas cadangan ‘stadium pink’ kini jadi viral
    Tinjuan Sinar Online hari ini mendapati sebanyak tiga keratan kertas cadangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kepada ‘stadium pink‘ menjadi tatapan pengguna media sosial hari ini.


    Apa yang menariknya salah satu daripada kertas cadangan itu memaparkan nama pengasas Vida Beauty iaitu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida di tempat duduk penonton dan di bahagian hadapan stadium tersebut.

    Terdahulu, Dr Vida sebelum ini mengenakan dua syarat sebelum menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan antaranya mahu menukar Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu.

    Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sebelum ini bersetuju dengan syarat yang diletakan oleh Dr Vida yang mana dengan persetujuan itu membolehkan Kafa menerima tajaan sebanyak RM16 juta bagi tempoh dua tahun.

    Sumber: Sinar Harian


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad