Kes Altantuya: Azilah fail permohonan pengampunan Sultan Selangor

SERI KEMBANGAN - Bekas Cif Inspektor, Azilah Hadri yang dihukum mati selepas disabitkan dengan tuduhan membunuh model Monggolia, Altantuya Shariibuu 10 tahun lalu bakal memfailkan permohonan pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.


Kes Altantuya: Azilah fail permohonan pengampunan Sultan Selangor
Kes Altantuya: Azilah fail permohonan pengampunan Sultan Selangor
Peguamnya, Datuk Hazman mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, pihaknya akan menghantar permohonan tersebut di Pejabat Sultan Selangor, di Istana Negeri jam 10 pagi.


"Saya tidak dapat jelaskan mengenai alasan yang dikemukakan di dalam permohonan tersebut kerana ianya sulit," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Selain Azilah, bekas anggota Unit Tindakan Khas polis, Sirul Azhar Umar turut disabitkan dengan kesalahan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015.

Perbuatan itu dilakukan di kawasan hutan, Puncak Alam antara jam 10 malam dan 1 pagi pada 18 dan 19 Julai 2006.

Azilah kini berada di penjara Sungai Buloh manakala Sirul berada di dalam tahanan imigresen Villawood di Sydney selepas melarikan diri sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan. - Sinar Harian



No comments