Kes Zulkifli bunuh perompak: Mempertahankan diri hujah terbaik - Peguam

Mohamad Zulkifli Ismail, 50, yang bakal didakwa di mahkamah kerana membunuh perompak yang cuba merompak rumahnya di Kerteh berhak menggunakan hujah mempertahankan diri dalam pembelaannya.


Kes Zulkifli bunuh perompak: Mempertahankan diri hujah terbaik - Peguam
Kes Zulkifli bunuh perompak: Mempertahankan diri hujah terbaik - Peguam
Peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen berkata, hujah mempertahankan diri adalah wajar sekiranya fakta-fakta yang mengatakan dia membunuh kerana mempertahankan keselamatan diri dan keluarganya daripada perompak.

BACA: Kisah Zulkifli bunuh perompak tapi didakwa jadi viral


“Memang benar fakta-fakta yang tepat masih belum diketahui, tetapi sekiranya benar fakta yang ditulis di media bahawa ada dua perompak cuba menyerang Zulkifli, dia mempunyai hak untuk mempertahankan diri.

“Namun fakta-fakta yang sahih masih belum diketahui kerana yang mengetahui fakta sebenar adalah Zulkifli dan pihak polis yang menyiasat kejadian itu,” katanya kepada FMT.

Eric Paulsen diminta mengulas kes Zulkifli yang didakwa membunuh yang telah mendapat perhatian dan simpati rakyat Malaysia.

Rata-rata rakyat kurang setuju dengan tindakan yang dikenakan terhadap Zulkifli namun terpaksa menerima hakikat, dia perlu menjalani proses undang-undang secara adil sebelum dibebaskan daripada tuduhan Seksyen 302 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Zulkifli pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat tetapi ditukar kepada Seksyen 302 dan ditambah dengan Seksyen 326 kerana kesalahan membunuh.

“Agak sukar kita kata pertuduhan wajar atau tidak wajar kerana kita tidak tahu fakta sebenar.

“Bgaimanapun sama ada pertuduhan di bawah Seksyen 302 atau 326 Kanun Keseksaan kerana membunuh, pembelaan mempertahankan diri itu terbuka kepadanya. Sebaiknya biar peguam dan mahkamah tentukan,” kata Eric Paulsen.

Seorang lagi peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Zulkifli perlu melalui prosedur biasa perundangan terutamanya apabila terdapat kes yang membabitkan pembunuhan dan kematian.

BACA JUGA: Pandangan peribadi seorang peguam tentang kes Zulkifli bunuh perompak

“Apa yang berlaku sekarang adalah prosedur biasa apabila adanya kes membabitkan kehilangan nyawa. Alasan Zulkifli tentang dia membela diri dan keluarga, hal itu perlu diperjelaskan sewaktu pembelaan nanti.

“Jika benar ia adalah kes mempertahankan diri, ia pasti akan diambil kira semasa proses perbicaraan di mahkamah,” katanya.

Katanya, Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah hakim yg membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan.


Katanya, tempoh masa perbicaraan pula boleh selesai dalam tempoh setahun.

“Memang dia tak salah tapi sebab membunuh itu satu jenayah maka dia tetap kena menghadap hakim dan melalui proses bicara.

“Cuma sebab dia mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah peguam yang akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yg munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan Zulkifli,” jelasnya. – FMT


No comments