Terkini

Kes Zulkifli, Hak pertahan diri ada batas, kata Pakar Undang-undang

Undang-undang mengatakan bahawa anda mempunyai hak untuk mempertahankan diri apabila mendepani penjenayah dan walaupun anda ‘tidak sengaja’ membunuhnya.


Kes Zulkifli, Hak pertahan diri ada batas, kata Pakar Undang-undang
Kes Zulkifli, Hak pertahan diri ada batas, kata Pakar Undang-undang
Namun pakar undang-undang memberi amaran bahawa terdapat satu ‘garis halus’ antara perbuatan mempertahankan diri dan juga membunuh.

Insiden seorang lelaki yang didakwa di mahkamah kerana membunuh selepas dua lelaki yang cuba merompak kediamannya di Terengganu hangat diperkatakan sama ada secara dalam talian mahupun media sosial.


BACA: Pandangan peribadi seorang peguam tentang kes Zulkifli bunuh perompak

Lelaki itu menikam kedua-dua perompak tersebut dan salah seorang daripadanya meninggal dunia.

Peguam Sreekant Pillai memberikan contoh fiksyen pemilik rumah diserang perompak bersenjatakan pisau dan dalam pergelutan itu, menikam dan membunuh perompak tersebut.

“Hak dan had mempertahankan diri adalah tentang mendepani kekerasan yang munasabah. Ini boleh dianggap sebagai kekerasan yang munasabah dan juga, mempertahankan diri,” kata Sreekant.

Dalam situasi berbeza, beliau berkata sekiranya anda menikam perompak sebanyak tiga hingga empat kali, anda mungkin tidak dianggap mempertahankan diri.

“Tikaman sebanyak tiga hingga empat kali boleh ditafsirkan sebagai niat. Oleh itu, ia boleh dikira sebagai membunuh,” katanya.

Peguam Kanan Persekutuan, Ishak Mohd Yusoff menyebut contoh apabila seseorang yang menembak mati seorang lelaki yang menyerangnya dengan sepapan kayu kecil.

Dalam kes ini, ‘ancaman’ dari penyerang tidak akan dianggap sebagai teruk sehingga menyebabkan dia ditembak mati.

“Tetapi jika ada tiga anak bersama dengan saya dan anda menyerang saya dengan sepapan kayu dan saya menembak anda, itu adalah perbuatan mempertahankan diri.

“Kerana saya bimbang mungkin kehilangan atau anak-anak saya akan cedera.

“Sepapan kayu kecil boleh mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak,” katanya.

Seksyen 96 dan 97 Kanun Keseksaan menggariskan ‘hak mempertahankan diri sendiri’.

Seksyen 96 menyatakan bahawa amalan mempertahankan diri tidak anggap satu kesalahan.

Seksyen 97 menyatakan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan orang lain terhadap kecederaaan tubuh badan atau demi mempertahankan harta benda mereka daripada kecurian, rompakan, khianat atau pencerobohan.

Namun Seksyen 99 (4) menyatakan bahawa tidak hak untuk mempertahankan diri jika melampaui daripada yang sepatutnya adalah disengajakan bagi tujuan tersebut.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Ragunath Kesavan menjelaskan bahawa mahkamah di Malaysia dilihat tidak munasabah apabila meneliti kes kematian semasa mangsa mempertahankan diri dalam situasi seperti rompakan.

“Terdapat banyak kes di Malaysia di mana mahkamah membenarkan hak mempertahankan diri.

“Dalam kebanyakan kes, terutama dalam perbuatan pecah rumah, jika anda menyerang perompak bersenjata, ada anggapan bahawa terdapat penggunaan kekerasan yang munasabah,” katanya.

BACA: Kes Zulkifli bunuh perompak: Mempertahankan diri hujah terbaik


Namun, Sreekant berkata orang ramai tiada hak untuk memutuskan sama ada kekerasan munasabah telah digunakan.


Budi bicara terletak di tangan pihak polis dan Jabatan Peguam Negara yang mempunyai fakta yang boleh digunakan untuk menentukan sama ada mereka perlu mendakwa seseorang atas pertuduhan bunuh atau tidak.

“Oleh itu, kepada mereka yang kata anda tidak boleh pertahankan diri, anda sebenarnya boleh. Ia bergantung kepada berapa banyak tenaga yang anda gunakan,” katanya. - FMT


No comments