Ketua sindiket dadah El Chapo yang larikan diri dihantar balik ke penjara

LOS MOCHIS, Mexico: Pihak berkuasa Mexico berjaya menangkap semula ketua sindiket dadah utama dunia, Joaquin Guzman, atau lebih dikenali sebagai El Chapo.


Joaquin "El Chapo" Guzman
Joaquin "El Chapo" Guzman ketua sindiket dadah yang melarikan diri dari penjara, dihantar balik ke penjara
El Chapo dibawa semula ke penjara kawalan maksimum yang sama di mana dia melarikan diri, enam bulan lalu.

Askar-askar marin Mexico menangkap Guzman di wilayah Sinaloa selepas kejadian tembak menembak dan kejar mengejar awal pagi semalam.


Ini bukan kali pertama Guzman melarikan diri dari penjara.

14 tahun lalu, dia meloloskan diri dari sebuah penjara lain dengan bersembunyi di dalam sebuah kereta sorong pakaian kotor.

Identiti El Chapo
Identiti El Chapo

BACA: Kekejaman Kumpulan Gengster Pengedar Dadah Di Mexico (9 Gambar)

Sindiket dadah pimpinannya telah dikaitkan dengan ribuan kes bunuh di merata Mexico dan menyeludup dadah berbilion dolar ke Amerika Syarikat. - Reuters/ag




No comments