Terkini

KKM Kenal Pasti 2 Produk Qu Puteh Mengandungi Bahan Beracun

Dalam kenyataan yang baru dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan keluaran Vida Beauty yang disahkan mengandungi racun berbahaya yakni Merkuri atau yang lebih dikenali dengan nama raksa.


KKM Kenal Pasti 2 Produk Qu Puteh Mengandungi Bahan Beracun.

Menurut KKM, mereka melalui Biro pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima laporan daripada pengguna yang dikatakan mengalamo tinnitus(bingit@bengang telinga) dan keguguran rambut selepas menggunakan produk berkenaan.


Hasil maklumat berkenaan, BPFK telah membuat persampelan dan menguji di mana didapati QU Puteh Whitening Pro 9 mengandungi Merkuri.

Berikut kenyataan KKM


Sebelumnya Kementerian Kesihatan Brunei Telah mengeluarkan kenyataan bahwa Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block antara dua produk yang dilarang dijual di Brunei sejak semalam kerana didakwa mengandungi raksa.

Penggunaan raksa boleh menyebabkan ruam kulit, hilang ingatan, kelemahan otot dan merosakkan otak serta ginjal, lapor The Brunei Times, yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu.

Komen Dato' Seri Vida

Dato Vida yang merasa terkejut dengan larangan penjualan Qu puteh oleh KKM,akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut,Setelah

Saya tidak boleh komen lagi. Saya pun terkejut dengan perkara ini.

“Saya akan beri komen selepas saya berbincang dengan Kementerian Kesihatan di sini dulu,” katanya dipetik laporan ProjekMMO.


Ketika ditanya mengenai kesahihan dakwaan kononnya produk Qu Puteh mengandungi Raksa atau Merkuri.

“Tidak ada sebenarnya. Itu yang saya hendak tengok macam mana dulu. Buat masa ini Vida beauty belum melantik pengedar rasmi di Brunei untuk memasarkan produk Qu Puteh.”

“Saya pun kena mencari macam mana produk saya boleh pergi Brunei sebab saya tidak ada pengedar di Brunei lagi,” katanya.

Qu Puteh Akan Tarik Balik Dua Produk Buat Sementara Waktu

“Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna.

“Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Hasmiza juga berkata biarpun kedua-dua produk itu diberhentikan jualan, produk kesihatan lain masih lagi dijual seperti biasa.

“Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan pada produk saya,” katanya.


No comments