Terkini

Bapa Amirah Athirah Minta Hentikan Video Parody Dubsmash Yang Mengaibkan

Bapa kepada Nur Amirah Atirah, Abdul Majid Landu, 40, meminta orang ramai berhenti menyebarkan video parody yang mengaibkan keluarganya.


Bapa Amirah Athirah Minta Hentikan Video Parody Dubsmash Yang Mengaibkan
Bapa Amirah Athirah Minta Hentikan Video Parody Dubsmash Yang Mengaibkan
Abdul Majid berkata, dia akur dengan dugaan yang diterima namun berharap masyarakat tidak terus menunding jari dan memalukan mereka sekeluarga.


Cukuplah dengan apa yang berlaku. Sebagai bapa, saya memohon kepada pihak berkenaan agar berhenti menyebarkan video tersebut. Mungkin mereka yang merakam video tersebut masih belum berkahwin atau mempunyai anak. Apabila tiba masanya kelak, saya percaya mereka pasti faham betapa sukarnya mendidik anak," katanya.

"Mungkin hari ini saya diduga, namun sebagai bapa dan bagi pihak Nur Amirah Atirah sendiri, saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia. Hentikanlah segala bentuk penyebaran tidak kira rakaman audio ataupun video parodi. Sudah-sudahlah mengaibkan keluarga kami," katanya.


Jelas Abdul Majid, baik atau buruk, Nur Amirah tetap anaknya. Apa yang terjadi itu dianggap sebagai iktibar serta pengajaran buat mereka.

Semalam, rakaman perbualan Nur Amirah mereka cerita dirinya diculik dari kawasan perumahan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, terus viral di laman sosial berikutan dijadikan bahan parodi menerusi aplikasi telefon pintar Dubsmash.

Video pendek berdurasi satu minit 32 saat itu mengajuk kembali rakaman perbualan telefon antara Nur Amirah dengan kakak angkatnya, Noor Fazila Misnan, 23.

Berlatar belakangkan ruang dalam rumah dan ceruk bilik, video itu dilakonkan seorang lelaki berpakaian wanita dengan memek muka mengejek.

Video itu bukan saja dikongsi ramai pengguna laman sosial, malah turut disebarkan pemilik portal sebagai bahan jenaka.


No comments