Terkini

Lagi Remaja Hilang, Selepas pergi Berguru & Bertapa di Gunung Ledang

TAK habis-habis! Jika sebelum ini, kecoh dengan kehilangan gadis remaja 14 tahun yang dilaporkan berlakon diculik, kini muncul kes terbaharu.


Lagi Remaja Hilang, Kali Ini Pergi Bertapa Di Gunung Ledang
Lagi Remaja Hilang, Kali Ini Pergi Bertapa Di Gunung Ledang
Kali ini melibatkan seorang remaja lelaki, Muhd. Azhari Ibrahim, 18; yang dikatakan menghilangkan diri sejurus selepas menyiapkan air mandi ibunya yang sakit.


Bagaimanapun, teka-teki kehilangan remaja yang tinggal di Kampung Batu 7, Simpang Renggam, Kluang, Johor ini terjawab apabila keluarganya menemui sepucuk surat dalam biliknya.

Menerusi surat itu, Azhari menyatakan dia keluar untuk pergi bertapa di Gunung Ledang selama sebulan.

Sementara itu, bapanya, Ibrahim Abd Hamil percaya anaknya yang dipanggil Angah itu pergi bertapa mengikut rakannya yang merupakan ahli kumpulan Tarikat Al Mut Mainnah.

“Tindakan Angah ini seolah-olah diatur seseorang sehingga cepat sahaja dia tinggalkan Simpang Renggam.

Selepas anak saya hilang, saya juga ada mencari dan bertanya di tempat belajarnya di Giat Mara.

“Kawan dia kata, sebelum tamat kursus jahitan minggu lepas, ada seseorang yang dikenali sebagai Mustakim menemui Angah.


“Saya percaya dia ahli kumpulan Tarikat Al Mut Mainnah. Saya juga percaya anak saya ini mengikuti kumpulan itu, tapi tak sangka dia mudah terikut sedangkan selama ini Angah sangat berhati-hati dalam bergaul,” katanya

Berikutan itu, Ibrahim berharap anaknya pulang segera dan meminta orang ramai yang menjumpai anaknya memaklumkan pada polis atau menghubunginya di talian 014-6179921.

Sumber: Sinar Online


No comments