Terkini

Laporan Pengubahsuaian Bajet 2016. Apa Yang Diubah?


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016, mengikut keadaan ekonomi semasa berikutan kejatuhan harga minyak yang menganggu rancangan bajet diumumkan tiga bulan lalu, tengah hari ini.


Laporan Pengubahsuaian Bajet 2016

Keputusan semakan semula Bajet 2016 itu dibuat berdasarkan unjuran harga minyak mentah yang jatuh mendadak mencecah kira-kira AS$30 setong berbanding AS$48 setong ketika pembentangan bajet oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2015.

Kerajaan memperuntukkan RM267.2 bilion dalam Bajet 2016, dengan perbelanjaan mengurus menyumbang RM215.2 bilion dan baki RM50 bilion dalam perbelanjaan pembangunan.


Ikuti perkembangan terkini pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Berikut adalah intipati tersebut:

12.44 pm: Pendidikan - Kerajaan setuju teruskan 4 program tajaan JPS bagi 2016 seperti berikut;

- Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemukan seluruh dunia.

- Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.

- Program Lepasan Bursary bagi 744 pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di universiti awam dan IPTS dalam negara.

-Pengamblan baharu seramai 8,000 pelajar akan diberikan biasiswa untuk ikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama dalam negara.

- Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak Rm 5 bilion akan terus disalurkan kepada mahasiswa.

- Program MyBrain 15m Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA diteruskan.

12.42 pm: Kakitangan Awam - Tidak berhentikan penjawat awam termasuk pelantikan secara kontrak. Kenaikan Gaji Tahuna kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016.

12.40 pm: BR1M - Program BR1M dan kebajikan akan terus dilaksanakan.

12.40 pm: Sektor Pelancongan - Pelancong dari China tidak perlu visa untuk memasuki Malaysia bermula 1 Mac hingga 31 Dis, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.

12.30 pm: Najib umumkan 11 penstrukturan dan pengubahsuaian. Langkah tersebut adalah;

i. Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 - Dis 2017. Namun, caruman majikan kekal.

ii. Kerajaan akan beri penlepasan khas cukai sebanyak RM 2 ribu kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,00 sebulan dan kebawah untuk tahun taksiran 2015.

iii. Bagi mengurangkan kos keperluan harian, kerajaan antaranya akan: lieberalisasikan AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah, daging. FAMA akan buka pasar belian terus hasil pertanian MYFarm Outlet yang menjual barangan makanan pada harga jualan 5 - 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran.

Untuk membela pesawah - sediakan tambahan tunai RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih. Program MyBeras turut diperkenalkan.

iv. Berkuatkuasa serta merta, semua penjualan rumah berharga hingga RM300 ribu terhad keoada pembeli rumah sahaja.Sementara, bagi projek Perumahan Rakyat berharga RM35 ribu, kerajaan menerusi BSN dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus yang memberi manfaat kepada lebih 10 ribu pemilik rumah

v. Sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang diberhentikan.

vi. Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai.

vii. Kerajaan perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada dua kategori - tidak termasuk pembantu rumah asing. Kerajaan laksana program Pengajian dan Penempatan Semula PATI- beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diveri permit kerja yang sah.

viii. Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutama bekalan dan perkhidmatan menerusi usaha merasinalisasikan pemberian geran.

ix Perbelanjaan pembangunan akan memfokuskan kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.

x. Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik kerajaan akan tambah dana RM6 bilion dalam sediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan.

xii. Pihak GLC disaran laksana inisiatif bagi mengurankan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja akan dipantau oleh EPU.

12.24 pm: Bagi 2016, ekonomi global dijangka lebih mencabar. Pertumbuhan ekonomi global akan lebih perlahan dan perdagangan dunia juga dijangka menyusut.

Agensi penarafan antarabangsa seperti Moody's, Standard dan Poor's dan Fitch terus yakin asas ekonomi dan kedudukan kewangan negara.

12.22 pm: Harga minyak turutn hingga Bajet 2015 perlu diubahsuai. Hasil negara daripada sumber berasakan minyak jatuh hampir RM14 bilion.

Kesemua langkah yg diambil berjaya mengurangkan kesan akibat daripada kejatuhan harga minyak dan ketidaktentuan ekonomi global

12.20 pm: Pada 2015, Malaysia diuji dengan pelbagai cabaran diluar kawalan negara. Harga minyak jatuh daripada AS$100 kpd AS$48 setong.

Malah, kemiskinan tegar hampir disifarkan, 1.8juta peluang pekerjaan berjaya diwujudkan serta memperkenalkan inisiatif dan program rakyat 1 Malaysia.

12.15 pm: Negara menghadapi kegawatan ekonomi pada 2008-2009 akibat subprime kiris di Amerika Syarikat dan kenaikan mendadak harga minyak dunia hingga mencecah AS$130 setong, kata Najib.

12.10 pm: Najib berkata, langkah pengumuman Bajet 2016 adalah rumusan setelah mengambil kira pendapat dan pandangan menyeluruh melalui sesi perundingan dengan pelbagai pihak.


Pada 1997-98, negara telah mengalami kegawatan ekonomi hinggakan pertumbuhan KDNK direkodkan pada -7.4 peratus.

12.00 pm: Datuk Seri Najib memulakan ucapan bagi membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016. Menurut Najib, semakan bajet 2015 adalah mengambil kira dua aspek penting iaitu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh; dan kedua adalah untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

11.50 am: Beberapa menteri Kabinet tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi menghadiri pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016. Bernama melaporkan, antara yang telah tiba di PICC adalah Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan); dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz juga dilaporkan turut hadir. - mD


No comments