Header Ads

  • Terkini

    Lelaki putus kemaluan mahu ceraikan isteri selepas sembuh

    Kuala Lumpur – Lelaki warga Pakistan yang kemaluannya putus dikerat isteri dengan pisau cukur, mahu menceraikan isterinya itu apabila sembuh kelak.


    Lelaki putus kemaluan mahu ceraikan isteri selepas sembuh

    Menceritakan kejadian terbabit, mangsa berusia 44 tahun yang berasal dari Peshawar, Pakistan itu langsung tidak menyangka wanita yang dikahwini sejak dua tahun lalu sanggup bertindak kemudian.


    “Saya terjaga dari tidur selepas berasa sakit pada kemaluan dan melihat darah membuak. Saya panik tetapi isteri yang ada di situ hanya memerhatikan saya tanpa membantu,” katanya.

    Dalam keadaan kesakitan, mangsa menyedari kemaluannya terputus dan menelefon anak saudara yang membawanya ke balai polis.

    “Polis menghantar saya ke hospital dan dimaklumkan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan,” katanya sambil menambah polis juga ke rumahnya bagi mengambil kemaluannya.

    Beliau mendakwa isteri keduanya itu berkelakuan aneh beberapa hari sebelum kejadian kerana kurang bercakap dan tidak mahu tidur di dalam bilik. - Bernama (Gambar Hiasan)



    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad